selalu aku terfikir, kenapa seseorang itu menangis. ya, mereka menangis kerana pelbagai sebab yang nyata. samada nampak atau tidak. samada sedih atau suka, sakit atau sihat. semua manusia pernah menangis. menangis kerana pelbagai sebab. ini tidak terkecuali dengan seorang manusia yang bergelar lelaki. pernah aku bertanya pendapat kawan baik aku tentang perihal lelaki bila menangis. aku bertanya, adakah seorang lelaki itu bodoh bila dia menangis kerana perempuan? dan jawapan kawan aku itu simple. yes, memang bodoh. kenapa perlu menangis?
aku tidak menolak pendapat peribadi beliaw mengatakn bahawa lelaki itu bodoh yg amat bila dia menangis. tapi aku juga tidak menerima yang lelaki itu bodoh bila menangis. perkara ini menjadi satu rahsia besar bagi lelaki kerana menangis itu dikatakan sebagai harga diri kami (senang cakap, ego lah tu!) sebab? sebab lelaki juga ada hati, jantung, limpa, usus besar dan kecil dan yg penting, lelaki punyai perasaan. zaman sekarang, mungkin ada juga manusia2 yang beranggapan bahawa lelaki menangis itu kelakar dan xcukup jantan. sapa yang fikir macam tuh, aku nak gelak dulu sket. hehe. ok da.
bagi aku, bila seorang lelaki itu menangis, itu adalh perasaan tulus dan ikhlas yang bukan senang nak terluah depan orang. macam mana aku tahu? sudah nyata, aku seorang lelaki. dan aku tahu kenapa aku menangis dan depan siapa aku menangis. sudah tentu, aku xkan menangis depan kawan2 kecuali bila aku menangis, tiba2 ade makhluk lalu lalang. (sibuk je) dan aku juga xkan tipu yang aku pernah menangis kerana perempuan. kerana kecewa, kerana sedih. dan secara ikhlas nya aku membuka rahsia aku, aku seorang lelaki yang mudah tersentuh hatinya. ya, itu adalah aku. (take note, ini fakta ke-5!) kadang2 tengok cerita bersamamu pun boleh bergenang air mata tuh. xsedar tiba2 mata masuk habuk (cover. LOL)
kalau nak dibandingkan dengan perempuan, bila perempuan menangis, itu adalh perkara biasa yang hari2 aku nampak. tapi kalau lelaki menangis, bagi tuan kaki blog ni, itu adalh sesuatu yang ikhlas. macam mana aku tahu itu ikhlas? sebab aku lelaki. dan aku menangis bukan sebab benda benda bodoh yang xberapa berguna nak menangis. tapi, bukan aku nak bias kata perempuan menangis itu tidak ikhlas. asal nama menangis, semua pon ikhlas mengeluarkan apa yang xterluah. dan bagi tuan kaki blog ini sendiri, menangis itu adalah jalan penyelesaian yang terakhir terhadap sesuatu masalh yang sangat susah utk dikawal.
dan tuan kaki blog ini juga seorang yang sentimental bila menonton cerita2 atau drama yang tiba2 ada part emosi. memang lah xmenangis, tapi boleh menangis bila tuan kaki blog ini merasakan sesuatu keadaan didalam cerita itu dirasakan sangat berbaloi utk mengeluarkan air mata. dan.. aku juga perasan satu fakta tentang pelakon lelaki yang berlakon didalam cerita/filem yang dilakonkan, bila part menangis, pelakon perempuan xboleh menangis secara natural. (air mata boya!) dan bila pelakon lelaki yang menangis, air mata itu adalah sangat real. (penat aku buat research.!LOL) dan fakta ini hanya utk pelakon di korea saja. mana aku tahu? google lah!
tapi, xdinafikan, pada lelaki yang betol2 berhati batu, mereka xkan senang2 menangis kalau tgk filem. mungkin mereka itu geng mafia yang xlayan filem lah kot. wallahualam. tapi, aku tidak kisah. aku tidak kisah kalau orang nak claim yang lelaki itu sangat bodoh dan kelakar bila menangis kerana aku tidak perlukan pendapat peribadi orang2 yang xboleh terima hakikat bila lelaki itu pon sebenarnya manusia yang boleh menangis. aku tidak terkecuali dari itu. (aku bukan cengeng orait. sape nak kena sepak, sila cakap aku cengeng!) hakikat kejadian manusia, bila sedih, dia akan menangis, bila gembira, dia ketawa.
oleh itu, pada kaum2 adam seperti aku, jangan rasa dengan menangis itu ngkorang akan rasa kelakar atau tidak gentleman sebab Allah ciptakan semua makhluk nya berperasaan , walaupun makhluk yang bernama binatang. tapi kena lah ikut tempat, jangan jadi macam perempuan pulak bila menangis lagi teruk dari perempuan. kalau aku, aku pon akan kata kau tu bodoh. lagi2 kalau kau saja menangis depan orang ramai bila gaduh dengan awek. sangat macam teet je. haah
aku kata: perempuan menangis itu biasa, lelaki menangis itu cool!
No comments:
Post a Comment