K E N A P A ?

Saturday 17 September 2011

KAU PILIH UNTUK PERGI JUA!!

Selamat tinggal sayang,
selamat tinggal cinta,
selamat tinggal kasih.

Mengapa haruskah engkau begini,
Sentiasa tidak memahami,
Dengan segala yang telah terjadi.

Tidak pernah pun sekali engkau mengerti,
Membiarkan aku melalui,
Membuatkan aku mengalami,
Keperitan Dihati ini,

Mungkin inilah penghujungnya,
Hubungan kasih antara kita,
Kerna ku tak sanggup lagi tuk terasa.

Selamat tinggal kekasih ku,
Harap kau bahagia selalu,
Moga dapat kau lupakan ku,

kisah kita sampai disini sahaja,
cerita cinta duka yang tak dipinta,
kita berduka dalam bersama,
kita sengsara bila bersama,
kita merana kerana bersama.

Biarkan saja ku pergi,
Kerna kau sudah tidak mencintai,
Membiarkan aku tangisi,
Membuatkan aku merasa benci,
Terhadap dirimu yang dulu ku cintai,
Semoga kau berbahagia dengan perpisahan ini.

Saturday 20 August 2011

Ya Allah,Aku memohon perlindungan dariMu Ya Allah...Sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah....aku harap dapat melalui hidup ini dengan seribu ketakwaan, kesabaran...Ujian apakah ini Ya Allah....Aku tidak harus mempersoalkannya..Ampunkan aku Ya Allah...Andai ini yang terbaik untuk ku Ya Allah...Jika ini jalan untuk ku Ya Allah..Aku Redha Ya Allah..Cinta Mu cinta yang kekal Ya Allah..Aku selalu dikhianati oleh cinta manusiacinta ikhlas ku dibalas dusta oleh manusia..Hanya cinta Mu Ya Allah..Yang kekal Selamanya.....Moga aku bahagia dengan Cinta Mu Ya ALLAH


Itulah dunia. Di dalamnya hanyalah sebuah tempat lakonan, tempat pertemuan, tempat perpisahan dan macam-macam lagi yang ada dalam dunia ni...kita kena TABAH, SABAR, CEKALkan hati kita....sebab bermacam-macam ujian lagi yang akan kita terima...

Cemburu kan? Sakit hati kan? Kenapa dia taknak terima saya? Kenapa dia tak jujur? Kenapa kita sayang sangat pada dia? ---> Inilah persoalan yang selalu ada dalam hati kita bila kita dikecewakan. Inilah juga yang akan buat kita menangis, inilah juga yang akan buat kita rasa sesal dalam tempoh yang agak lama.

Memang...lamunan perasaan antara dua jiwa, lelaki dan perempuan selalu buat kita jadi 'gabra' dan 'susah hati' bila keadaan tak jadi macam yang kita harap-harapkan. Kita selalu inginkan yang gembira sahaja, dan bila ada pertengkaran, salah faham, konflik, kita jadi tak puas hati sebab kehendak kita tak pernah dituruti. Kalau boleh kita nak biar suasana tu macam tu sahaja, tak perlu ada perubahan, biar 'dia untuk kita' sahaja...janganla dia berubah sikap, dan janganlah dia tinggalkan kita....

Janganlah risau sangat. Ini cuma dunia, dan kita ada haluan hidup yang perlu diredah. Dalam laluan tu ada macam-macam keadaan yang perlu ditempuh. Kalau kita kalah, kita akan jatuh untuk kali pertama, tapi...selepas tu, Allah akan bagi kita peluang untuk BANGUN semula. Dan bila kita jumpa lagi suatu 'kesedihan', kita akan kalah lagi...tapi, kita juga kena percaya...setiap musibah, setiap derita itu dariNya jua...dan hanya Dia yang memberikan segala hikmah di sebalik setiap penderitaan kita...sebab tu kena mantapkan dalam hati, tempat kita bukan di sini, tapi di sisiNya...hampir padaNya, dan itulah tujuan kita meredahi segenap kehidupan dunia ni...

Allah beri kita naluri fitrah semulajadi yang menyebabkan kita ada rasa sayang, sedih, kecewa, gembira...tapi bila Allah tarik semua tu dari kita, hilanglah nikmat pemberianNya itu. Percayalah...setiap ujian yang diberikanNya ini, ada keindahan di sebaliknya.....bergembiralah, hadapi semuanya dengan senyuman. Jangan sedih, kerana pada setiap derita itu, ada bahagia yang menanti...InsyaAllah....

Sunday 24 July 2011

D0A UNTUKMU

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.


Tuesday 28 June 2011

LUAHAN HATI

Awak
Selalu cakap saya tak faham awak

Kenapa
Sebab saya selalu pikir yang bukan-bukan tentang awak

Mengapa
Awak selalu cakap macam tu . Sedangkan saya usaha untuk jaga and ambil hati awak . Malah awak sangka saya tak pernah nak faham awak . Tuhan je yang tahu apa yang saya buat , lakukan and niat saya .

Bagaimana
Saya selalu berdoa agar hubungan ni kekal selamanya .

Apa
Saya mungkin tak dapat beri awak segala-galanya . Hanya cinta yang ikhlas dari hati . Mungkin saya terlalu mendesak awak . Marah . Tak boleh bersabar . But Im try to be the best one for YOU !

Dimana
Bila saya berjauhan dengan awak saya akan rasa begini

Bila
Saya rasa awak macam dah bosan dengan saya . saya mula nak marah and fikir bukan-bukan . Tapi bagi awak saya tak pernah faham awak .
Hari-hari kita akan bergaduh sebab benda yang sama . saya buat awak stress . saya ni hanya MEMBOSANKAN ! :(



Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were, but I walked away
If only I knew what I know today
Ooh, ooh

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I wanna call you
But I know you won't be there

Ohh I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

Some days I feel broken inside but I won't admit
Sometimes I just wanna hide 'cause it's you I miss
And it's so hard to say goodbye
When it comes to this, oooh

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?

There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes
And see you looking back

Ohh I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself, ohh

If I had just one more day
I would tell you how much that I've missed you
Since you've been away
Ooh, it's dangerous
It's so out of line
To try and turn back time

I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

Saturday 25 June 2011

KENAPA HATI BERUBAH

Persoalan 'kenapa hati manusia cepat berubah?' sentiasa membelengu di fikiran saya. Setiap hari berjumpa dengan rakan-rakan dan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia menyebabkan saya sedar yang manusia sememangnya cepat berubah..Berubah bagaimana? manusia boleh berubah melalui perbuatan seperti dari jahat kepada baik, kedekut kepada pemurah dan sebagainya..sama ada perubahan itu kerana “terpaksa” (berubah atau rebah) atau kerana “rela” (berubah kerana Tuhan)..tetapi bagaimana pula dengan perubahan hati manusia?Hati manusia boleh berubah mengikut keadaan. Apabila kita menjumpai sesuatu yang lebih baik di depan mata,yang jauh kita akan lupakan. Perubahan hati tidak boleh di paksa tetapi bergantung kepercayaan dan teguhnya hati kita pada seseorang.

Tuhan mengurniakan kita akal untuk berfikir. Berfikir dan membuat pilihan yang mana satu intan, mana satu berlian, mana satu emas, mana satu kaca...kita sering lupa apa yang kita miliki,tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain miliki. Sesuatu yang baik belum tentu benar dan sesuatu yang benar belum tentu baik.Sesuatu yang bagus belum tentu berharga dan sesuatu yang berharga belum tentu bagus..Renung-renungkan lah..Dan sebagai manusia biasa, kita mungkin terjebak dengan berbagai-bagai pilihan..hati dan akal lah yang akan membantu kita membuat keputusan. Pengalaman yang lepas mengajar saya bagaimana mengenali hati manusia.Kadang-kadang kita lihat manusia itu dari luaran cukup sempurna,cukup baik,cukup sifat,dimulutnya sentiasa menyebut-yebut nama Tuhan..tetapi apabila kita mengenalinya lebih mendalam,dia bukanlah seperti apa yang kita lihat,malahan melanggar perintah dan larangan Allah...Adakah manusia seperti ini hipokrit atau disebabkan hatinya mempunyai dua pilihan (kepada jalan baik atau kepada jalan yang salah). 

Friday 17 June 2011

KESALAHAN YANG MEMBUAT MENYESAL SEPANJANG HIDUPKU.

Kenapa setiap percintaan ada sahaja orang yang degki dan tak boleh nak tegngok orang lain bahgie..Aku tak faham betul lah.SYAFIKA AJEERA aku sayang kau dan setia dekat kau seorang sahaja..Aku tak ada perempuan lain dalam hidup aku ini..Hanya kau sahaja yang mampu memahami aku dan jaga aku..Kenapa kau perlu percaya cakap orang yang aku ada perempuan lain??Walaupun kau duduk asrama,itu bukan alasan aku untuk curang dengan kau.Dulu memang aku mengaku aku ada perempuan lain selain kau,tapi semnjak aq tengok kejujuran kau kawan dengan aku..Aku buat keputusan untuk pilih kau daripada diorang.Tapi kenapa kau perlu percaya cakap orang yang suka membuat fitnah supaya hubungan kita rengang?Aku tanya siapa yang buat fitnah itu kenapa kau diam dan nak berahsia dengan aku??Kau dah janji kan antara kita tidak ada rahsia antara 1 sama lain..Tetapi kenapa kau mungkiri janji??maafkan aku kerana marah kau dan terlalu memaksa kau untuk jawab soalan aku dan aku mintak maaf kerana aku cakap'mulai hari ini kita buat hal masing-masing".Tapi aku tak ada niat pun pun nak cakap macam itu dan sumpah aku tak nak putus pun dengan kau..Aku terlalu ego dan ikutkan sangat perasaan aku ni..Aku mengaku aku salah..Maafkn aku..Aku dah bagi surat dan aku dah luahkan apa yang aku rasa dan aku mengaku atas kesalahan aku.tetapi kenapa kau tak balas surat aku??Aku menyesal sangat atas kesalahan aku..Bagi lah aku 1 peluang untuk tebus segala kesalahan aku ini..Aku tak boleh hidup tanpa kau..Tanpa kau hidup aku sunyi dan tidak bermakna lagi..Sayang aku harap kau bagi lah aku 1 peluang untuk buktikan yang aku betul-betul memerlukan kau dalam hidup aku.Kalau kau sayang aku,kau akan terima aku balik tapi kalau kau tak terima aku balik.Aku hanya mampu redho dan aku tau besar kesalahan aku untuk kau maafkan kesalahan aku ini..Aku nak kau tahu yang aku sayang kau sahaja dan aku berharap kita dapat memperbaiki hubungan kita supaya kembali macam dahulu..
                              

Thursday 16 June 2011

JANGAN SALAHKAN ANTARA 1 SAMA LAIN

Lately banyak jer isu cinta dan sayang dalam blog darkbatman. Fuhhhh bukanlah menghentam tapi sekadar berkongsi pendapat melalui pengalaman. Ehhh pengalaman? Ada ker? Kehkehkeh!
Asam garam hidup tak boleh lari dari melakukan kesilapan tapi ada juga segelintir manusia yang lupa erti kemaafan. ”Secantik mana rupa yang ada, sehebat mana kereta yang diguna takkan sama nilai sebentuk cincin dijari’. Kehkehkeh!

Aku dan kau sememangnya berlainan ”kau di tebing aku di alur” tapi jangan lupa kita semua sama. Tetap hanyut apabila embun mengaburi tepian sungai. Wahhh, berpuitis pulak dah! Kehkehkeh! Yes! dia salah, mereka salah, kamu salah kerana hidup ini tiada siapa yang sempurna.
Lelaki dan perempuan sama hebat senang mengaku benci susah mengaku sayang ”seperti menolak sampan emas di dalam selut” Itulah manusia sanggup dibiarkan diri merana untuk kepuasan diri. Kehkehkeh!


P/s: Lumrah hidup ”bila hati disakiti, yang menang itu yang dicari meninggalkan tahi dicelah kaki” Tapi mungkin kita lupa tiada yang betul bila berdua umpama membuka kulit kerang ”dipecahnya dua untuk mendapat isi yang belum pasti”

Andai diriku terlena..kejutkan daku,Andai diriku terlalai..maka tegurlah aku,
Andai aku jauh dari ILAHI..nasihatilah aku,
Andai ku tersalah… perbetulkanlah aku,
Andai kusakiti hatimu, maafkan aku……