Geli betul aku dengan tajuk entri aku ini. Tapi nak buat macam manalah kan. Ayat inilah yang selalu aku dengar bila keluar melepak dengan kawan-kawan di bandar.
Kawan aku ke yang selalu cakap macam tu? Ataupun aku sendiri yang sebut tentangnya? Haishhh.
Untuk pengetahuan korang semua, kalau nak berkawan dengan aku, aku ni memang tak suka memilih kawan. Korang tu bekas penagih dadah ke ataupun apa-apa sekalipun, aku tetap boleh kawan dengan korang semua.
Tetapi, janganlah melibatkan aku dengan aktiviti tak bermoral korang semua tu lagi. Sebab aku dah berhenti melibatkan diri dalam gejala tidak bermoral seperti itu lagi. Aku tak mahu diri aku ini rosak lagi.
Kita kembali semula dengan tajuk utama untuk entri ini ya.
Salah ke kalau diri seseorang itu gemuk? Kalau gemuk, mereka ni bukan seorang manusia ke? Mereka tiada perasaan ke?
Ramai di antara kawan-kawan aku gemuk. Lelaki ataupun perempuan sekalipun, mereka tetap kawan aku. Aku takkan mengaku mereka sebagai kawan aku jikalau mereka menikam aku daripada belakang.
Bila kita tengah susah, kita akan jumpa dengan kawan-kawan. Kita akan lihat berapa ramai antara kawan-kawan kita yang akan menolong kita. Kalau ada 10 orang kawan, bukan semua yang akan tolong kita. Itulah ertinya kawan.
Kadang-kadang, aku cemburu jugak dengan kawan-kawan aku yang lain iaitu mereka yang berbadan gemuk. Kalau korang semua lihat, ada sesetengah daripada lelaki atau perempuan yang berbadan gemuk ini, mereka merupakan seorang lelaki ataupun perempuan yang lebih penyayang dan lebih memahami diri seseorang itu.
Korang marah tak kalau kelemahan diri korang itu, di tahu oleh orang lain secara tidak langsung, mereka mempergunakan anda untuk sesuatu perkara yang mungkin anda tidak akan lakukan?
Kalaulah orang yang aku cintai ini iaitu Ery Farieha gemuk suatu hari nanti, aku tak kisahlah beb. Sebab aku bercinta dengan dia, bukanlah disebabkan paras rupa dan bentuk badan yang dia ada. Tetapi disebabkan budi pekerti yang dia ada. Eukkk… ayat aku ni macam membodek pulak. Huh.
No comments:
Post a Comment