K E N A P A ?

Thursday, 16 June 2011

JANGAN SALAHKAN ANTARA 1 SAMA LAIN

Lately banyak jer isu cinta dan sayang dalam blog darkbatman. Fuhhhh bukanlah menghentam tapi sekadar berkongsi pendapat melalui pengalaman. Ehhh pengalaman? Ada ker? Kehkehkeh!
Asam garam hidup tak boleh lari dari melakukan kesilapan tapi ada juga segelintir manusia yang lupa erti kemaafan. ”Secantik mana rupa yang ada, sehebat mana kereta yang diguna takkan sama nilai sebentuk cincin dijari’. Kehkehkeh!

Aku dan kau sememangnya berlainan ”kau di tebing aku di alur” tapi jangan lupa kita semua sama. Tetap hanyut apabila embun mengaburi tepian sungai. Wahhh, berpuitis pulak dah! Kehkehkeh! Yes! dia salah, mereka salah, kamu salah kerana hidup ini tiada siapa yang sempurna.
Lelaki dan perempuan sama hebat senang mengaku benci susah mengaku sayang ”seperti menolak sampan emas di dalam selut” Itulah manusia sanggup dibiarkan diri merana untuk kepuasan diri. Kehkehkeh!


P/s: Lumrah hidup ”bila hati disakiti, yang menang itu yang dicari meninggalkan tahi dicelah kaki” Tapi mungkin kita lupa tiada yang betul bila berdua umpama membuka kulit kerang ”dipecahnya dua untuk mendapat isi yang belum pasti”

Andai diriku terlena..kejutkan daku,Andai diriku terlalai..maka tegurlah aku,
Andai aku jauh dari ILAHI..nasihatilah aku,
Andai ku tersalah… perbetulkanlah aku,
Andai kusakiti hatimu, maafkan aku……

No comments:

Post a Comment